By : Prajun A/L Kunasegeran
Pemproses perkataan merupakan perisian komputer yang digunakan untuk mengarang, meformat, menyunting, dan mencetak dokumen. Pemproses perkataan merupakan perisian penggunaan terawal yang digunakan untuk meningkatkan lagi produktiviti pejabat dan komputer peribadi. Pemprosesan perkataan adalah salah satu daripada aplikasi-aplikasai terawal bagi komputer peribadi dalam produktiviti pejabat. Walaupun pemproses perkataan awal menggunakan tokokan berasakan tag (tag-based markup) bagi pemformatan dokumen, kebanyakan pemproses perkataan terkini mempunyai kelebihan antara muka unit grafik (graphical user interface atau GUI). Kebanyakannya adalah sistem-sistem berkuasa yang terdiri daripada satu atau lebih program yang boleh menghasilkan mana-mana kombinasi sebarangan imej, grafik dan teks, yang mana teks dikendali dengan kebolehan type-setting. Microsoft Word merupakan sistem pemprosesan perkataan komputer yang paling laris digunakan; Microsoft menganggarkan bahawa lebih 500 juta orang menggunakan set Office.
Micosoft Word merupakan, sebuah pakej perisian pemproses perkataan yang lengkap dengan kemudahan dalam menghasilkan elemen-elemen teks yang berkualiti. Perisian ini juga membenarkan elemen-elemen sokongan lain diintegrasikan bersama. Microsoft Word mengabungkan pelbagai kemudahan penyuntingan, penetapan reka letak, percetakan dan penyebaran yang menyeluruh serta mudah digunakan
Perisian Microsoft Word boleh di buka menerusi butang Start yang berada bucu kiri bawah skrin. Arahan berikut dapat diikuti untuk membuka perisian tersebut:
Start>Programs>Microsoft Word
Berikut adalah contoh paparan MS Word
Page Setup
Digunakan untuk menentukan orientasi dan saiz jidar sesuatu dokumen.
Page setup di bar menu > pilih jidar yang diperlukan Page setup > pilih orientasi yang sesuai
Muka Taip, Saiz & Group Font (Kumpulan Huruf)
Selain dari membolehkan anda menghasilkan teks, Microsoft Word membenarkan anda meminda atau mengubahsuai spesifikasi teks yang dihasilkan dari pelbagai aspek seperti jenis font, saiz font, warna, stail dan sebagainya. Pengubahsuaian terhadap huruf boleh dilakukan dengan mudah di bar menu Home
bar Menu > Home
Cover Page
Microsoft Word menawarkan galeri halaman muka depan yang direka bentuk. Pilih halaman sampul dan gantikan teks sampel dengan anda sendiri.
Insert di bar menu > Cover page
Memasukkan Illustrasi
Microsoft Word menyediakan pelbagai kemudahan yang membolehkan anda memasukkan elemen grafik atau imej ke dalam sesebuah dokumen sama ada yang telah tersedia atau yang diimport dari luar fail.
Pilih Insert > picture / clip art / smart art / chart
Jadual
Jadual merupakan alat serba guna untuk mempersembahkan data dengan format yang mudah dibaca. Selalunya jadual digunakan menggantikan tab yang juga boleh mempersembahkan maklumat dalam bentuk column. Anda diberi peluang menetapkan bilingan lajur dan baris yang dikehendaki. Tempat pertemuan antara lajur dan baris dipanggil sel. Microsoft Word membenarkan anda membina jadual di dalam dokumennya menerusi kemudahan
Table > Insert > Table di bar menu
Page number
Jika anda tidak mahu nombor halaman dipaparkan pada halaman pertama, pilih Halaman Pertama yang berbeza. Sekiranya anda mahu penomboran bermula dengan 1 pada halaman kedua, pergi ke Page Number > Format Page Numbers , dan pilih Start at to 0. Apabila selesai, pilih Close Header dan Footer atau tekan Esc.
Header dan Footer
Kemudahan Header (kepala dokumen) dan Footer (nota kaki) sesuai digunakan untuk menjadikan fail anda kelihatan lebih formal dan berformat serta kemas. Di samping mengandungi elemen yang mampu memberi sokongan kepada keterampilan sesebuah dokumen.
View > Header and Footer di bar menu.
Menyimpan fail
Untuk menyimpan dokumen yang telah ditaip gunakan arahan File > Save atau menerusi ikon Save dan taipkan nama fail dan lokasi penyimpanan tersebut.
Print
Anda boleh mencetak dokumen daripada tetingkap Print Preview atauTetingkap Document. Menekan butang print, akan mencetak satu salinan lengkap dokumen. Jika anda ingin mencetak hanya sebahagian daripada dokumen atau lebih daripada satu salinan, anda boleh gunakan arahan Print daripada Menu File.






























